Industri Penanaman Kepala
Tanaman Kelapa merupakan satu dari cabang industry pertanian dalam negara yang perlu segera diperlukan bagi tujuan pendapatan kepada petani dan membekalkan kelapa yang mencukupi untuk keperluan negara. Penanaman kelapa adalah satu projek yang berpotensi tinggi kerana permintaan terhadap produk- produk nilai tambah tinggi (“high value-added products”) seperti ini sentiasa meningkat di pasaran tempatan dan antarabangsa. Permintaan kelapa tua pada tahun 2019 dijangka sebanyak 1.2 billion setahun dengan kadar per kapita penggunaan kelapa sekitar 20 biji seorang setahun.
• Projek ini dapat membantu inisiatif kerajaan dalam sektor pertanian dan menjamin kelestarian keselamatan makanan dalam negara.
• Kapasiti pengeluaran kelapa segar boleh mengurang pergantungan import kelapa.
• Aktiviti perladangan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
• Operasi ladang melibatkan pelaburan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur khususnya jalanraya dan pengangkutan.
• Operasi ladang akan menarik minat penduduk tempatan menceburi perkebunan kelapa.
System of Rice Intensification (SRI)